154285380-56a76fba5f9b58b7d0ea7cad

Macam mana nak check UPT sendiri di rumah?

Dr selalu tengok di FB/instgram/tiktok dan lain-lain ramai mommies tanya macam mana nak baca keputusan UPT tu. Ramai yang confuse, positive ke negative keputusan tu kan? Ok cara nya mudah je.

Kalau dah lewat datang period, atau period tak teratur atau ada simptoms mengandung seperti loya-loya, pening dan muntah, so boleh la buat UPT sendiri dulu. Sebaiknya dapatkan urine sample pada waktu pagi. Dapatkan sampel air kencing yang mencukupi, ambil sedikit dan titiskan kedalam bekas UPT tersebut. Tunggu dalam 10-15 minit, tengok ada berapa garisan yang timbul pada UPT kit tersebut.

Kalau 2 line, tu, Alhamdulillah, mommies pregnant la tu. Kalau 1 je line, belum ada rezeki, cuba lagi dalam masa beberapa hari kalau masih belum datang period.

Selepas 15 minit tu, dah dapat bacaan tu, terus je buang kit tu. Jangan tunggu lagi sampai malam karang atau esok pagi. Sebab kalau tunggu, kemungkinan line kedua tu akan timbul juga walaupun mommies tak pregnant. Ni kita panggil false positive. Pastu ada juga mommies yang tanya, kalau line tu blur je, positive ke negative.

Ok UPT ni keputusan dia hanya positive atau negative. Kalau ada line, walaupun samar-samar, tu dah dikira positive. Tapi kalau ada rasa was-was, repeat je balik selepas beberapa hari, biasanya line kedua tu akan jadi lebih terang.

Copy_of_Blog_Images-13

Anemia semasa mengandung, bahaya ke?

Anemia atau kekurangan sel darah merah masa mengandung ni sangat biasa terjadi. Banyak sebab kenapa berlakunya anemia semasa mengandung ni.

Tapi kebiasaannya, anemia semasa mengandung terjadi sebab

  1. Kekurangan Zat Besi (Iron Deficient Anemia)
  2. Thalasemia (Major/Minor)

So macam mana nak test, mommies ada anemia ke tak? Senang je, masa follow up mengandung tu, Dr akan buat ujian darah beberapa kali untuk pastikan sel darah merah mommies sentiasa cukup sepanjang tempoh kandungan.

Cara nak atasinya adalah dengan mengambil ubat tambah darah. Ada banyak jenis ubat tambah darah. Yang biasa Dr akan bagi adalah seperti

  1. Zinc Coffer
  2. Iberet
  3. Maltofer
  4. Ferrous Fumarate
  5. Obimin

Setiap ubat berbeza dose dan kandungan tambahan lain. So Dr akan bagi ubat yang berbeza mengikut keperluan mommies dan juga yang mana satu mommies boleh makan. So mommies pernah makan yang mana? Yang mana yang xsesuai dengan mommies? Boleh share x experience supaya mommies2 lain boleh dapat tambah pengetahuan juga.

GettyImages-160405045-c5afadc2285845d49795b8116cc17c2c

Sembelit semasa mengandung?

Masa pregnant ni, macam-macam masalah mommies boleh dapat. Salah satunya ialah masalah sembelit. Kenapa berlakunya sembelit masa mengandung ni?

Ada banyak sebab, antara yang biasa berlaku adalah

  1. Sebab mengambil ubat tambah darah, zat besi boleh menyum bang kepada masalah sembelit.
  2. Kurang makan buah dan sayuran, ini biasa berlaku sebab mommies rasa loya muntah, especially sewaktu awal mengandung.
  3. Kurang minum air, ni pun sebab masa mengandung ni, ramai mommies jadi kerap kencing, so mommies akan kurangkan minum air, tapi end up akan jadi masalah sembelit pula.

So cuba banyakkan makan buah dan sayur, selain itu banyakkan juga minum air kosong dan kurangkan air manis ya. Kalau masalah berlarutan, boleh jumpa Dr. Dr akan check takut ada masalah lain, dan Dr boleh cadangkan beberapa jenis ubat yang sesuai.

Semoga bermanfaat.