Pregnancy

Petua Ibu Mengandung Tetap Tidur Sepanjang Malam

Bagi ramai wanita, trimester pertama adalah waktu yang paling selesa untuk tidur. Badan anda sedang bekerja keras untuk memupuk dan melindungi rumah baru bayi dalam kandungan anda.

Tambahan pula, jantung anda sedang mengepam dengan laju dan badan anda juga menghasilkan lebih banyak darah. Kesemua ini akan menyebabkan keletihan pada beberapa bulan yang pertama. Ramai wanita mendapati mereka sentiasa mengantuk sepanjang masa, dan sangat mudah untuk tidur tidak kira pada waktu siang atau pada waktu malam.

Tetapi, apabila anda memasuki fasa trimester kedua dan ketiga kehamilan anda, dengan perut yang lebih besar, kekejangan kaki, dan kekerapan pergi ke tandas akan menyebabkan malam anda terganggu dan tidur menjadi tidak lena.

  1. Melegakan kekejangan kaki anda

Jika kekejangan kaki yang menyebabkan anda berjaga, lakukan regangan pada bahagian betis sebelum tidur, minum air dengan cukup, dan bersenam selalu — ini semua mungkin boleh membantu mengurangkan berlakunya kekejangan.

Terdapat kajian awal menunjukkan magnesium dapat membantu melegakan kekejangan kaki, tetapi
dapatkan bekalan magnesium dari sumber makanan seperti bijian penuh dan kekacang.
Jangan mengambil suplemen magnesium tanpa merujuk kepada doktor anda.

  1. Tenangkan kaki anda

Sindrom kaki tidak boleh diam, keinginan untuk sentiasa menggerakkan kaki, mungkin dialami oleh sesetengah wanita semasa hamil dan ianya mungkin disebabkan kekurangan zat besi dan/atau asid folik.

Pastikan diet anda mengandungi zat besi yang mencukupi dengan makan daging tanpa lemak dan ikan. Paling bagus dapatkan asid folik daripada suplemen pranatal, yang mana akan menyokong semua keperluan nutrien anda.

  1. Hilangkan rasa gundah

Jika anda terjaga dengan rasa tak keruan, cuba sertai kelas kelahiran, keibubapaan, ataupun kelas yoga pranatal. Berkongsi dengan bakal ibu yang lain akan membantu mengurangkan kerisauan anda dan membuat anda berasa segalanya dalam kawalan.

  1. Kurangkan pergi ke tandas

Anda rasa terganggu apabila terpaksa berulang-alik ke tandas pada waktu malam? Cuba minum air yang banyak pada awal waktu siang sahaja dan kurangkan pada waktu malam.

  1. Berjaga-jaga penyebab pedih ulu hati

Pedih ulu hati selalu dialami oleh wanita hamil dan boleh menjadi sesuatu yang menganggu pada lewat malam, menggangu tidur malam anda. Cuba makan dalam kuantiti yang sedikit, dan elakkan
makanan yang bergoreng atau pedas, jus buah-buahan sitrus, dan minuman berkarbonat. Meninggikan kepala anda (dengan bantal atau meninggikan bahagian kepala Katil anda) juga boleh membantu.

Related Articles
Pregnancy

Sembelit semasa mengandung?

Masa pregnant ni, macam-macam masalah mommies boleh dapat. Salah satunya ialah masalah sembelit. Kenapa berlakunya sembelit masa mengandung ni? Ada

Read More »
Shopping Basket